Bismillahirrahmanirrahim.
Salah satu intrumen kekuatan manusia itu adalah keberanian untuk membuat keputusan yang tepat. Bertindak dengan memikirkan kesuluruhan logik serta pertimbangan akal yang lurus.
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Semua umatku masuk syurga kecuali orang yang menolaknya.”
Para sahabat bertanya, “Siapakah orang yang menolak syurga ya Rasulullah?”
Rasul lalu mengatakan, “Orang yang mentaatiku akan masuk syurga, dan orang yang menentangku, dialah yang menolak syurga.”
Manusia yang masuk syurga seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah s.a.w bukanlah orang yang diberikan syurga secara percuma, menang loteri, undian atau cabutan bertuah.
Mereka juga masuk syurga bukan kerana perantara, bukan kerana mempunyai kelulusan doctorate, bukan juga kerana berkududukan tinggi atau bergaji besar.
Tetapi mereka masuk syurga kerana pilihan mereka sendiri. Mereka kemudian mencari sebab-sebab dan berusaha untuk memperoleh apa yang mereka putuskan. Mereka juga menempuh sebab-sebab itu dan memperjuangkannya dengan sungguh-sungguh, meredah onak dan duri, aral yang melintang, ribut dan taufan malah apa-apa sekalipun.
Akhirnya, mereka memohon dengan penuh khusyuk, pengharapan dan keikhlasan yang dalam supaya Allah memasukkan mereka ke dalam syurga-Nya.
Sungguh, syurga itu satu pilihan.
Rujukan: Meraih kekuatan dari yang Maha Kuat, M.Lili Nur Aulia